KOMAR PHOTOMURAL

KOMAR PHOTOMURAL
ROSES photomural 12' x 8'

Sunday, October 24, 2010

KELEBIHAN MENGUNAKAN KERTAS DINDING

Warna, Corak dan Tekstur banyak pilihan dan boleh ditukar bila dirasakan tidak sesuai atau ketinggalan zaman.

Kertas Dinding boleh mendapat kesan atau menyerupai kesan kemasan lain seperti kemasan batu, kayu, batu bata dan jubin dengan nilai harga lebih murah tetapi kesan visual yang sama.

Kos yang pelbagai iaitu daripada murah hingga ke mahal bergantung kepada harga bahan itu dan cara permasangannya boleh dilakukan samaada orang yang mahir atau anda sendiri.

Kertas Dinding fabrik yang berbentuk 3 demensi boleh menyerap BUNYI dan memberi kesan senyap dan damai dalam ruang dalaman rumah.
Selain berfungsi memberi nilai baru pada dinding, Kertas Dinding boleh menutup kesan RETAK atau CAT LAMA pada dinding atau menutupi kecacatan pada struktur fizikal dalam bangunan.

Dengan cara kerja permasangan kering, Kertas Dinding boleh menyediakan kerja dekorasi mudah siap yang cepat. Bukan saja pada dinding , Kertas Dinding boleh disesuaikan pada keseluruhan konsep ruang dan ia juga boleh digunakan sebagai latar belakang pada keseluruhan ruang.

No comments:

Post a Comment