KERTAS DINDING antara bahan kemasan dinding lembut yang banyak digunakan selain bahan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun permasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini dijadikan pilihan kerana keunikan Warna, Tekstur dan Corak yang menarik.
Kertas dinding kebanyakannya diperbuat dari bahan Vinil, Tekstil dan juga Fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian dinding, kegunaan ruang, pilihan terhadap corak yang ada pada kertas dinding dan yang paling penting adalah KOS. Ada beberapa jenis Kertas Dinding dalam pasaran yang dihasilkan dengan pelbagai cara bagi memberi beberapa kelebihan yang disebut tadi. Kertas Dinding juga berupaya menyerap bunyi dan mudah disesuaikan atau fleksibel dalam apa juga keadaan fizikal ruang dalaman anda.
No comments:
Post a Comment